Tuesday 27 December 2011

New Year is Coming...:)

wah best ny  x lma lg masuk skul...tp yg ndak bestny kta sume terpaksa meninggalkn
thn 2011 yg penuh dgn kenangan ini...well..bak kata pepatah tutp buku lama, buka buku baru...
that's wat we should do...macan2 kenangan yg masih segar d ingatan q,,,antarny kena rotan ngan cikgu,,,
bergaduh ngan bestfriend,,,and so many more..aq pun skunk nie takut cuz keja uma ckgu bg blum siap..
oh no...

Thursday 10 November 2011

cuti.....lg....

ari nie uda bermula satu lg cuti penggal akhir....
selama satu setengah bln nie lh aq bosan tnpa rakan2 q...
aq akn merindui Geng 2 Amanah...
Geng D'fco....
dan rakan2 yg len...
hahaha...selama itu juga semua akn berhubung melalui fb...x ada dah hambur2..
dlm fb jak ble...

Sunday 18 September 2011

Memperingati Saat-saat kemerdekaan Malaysia

Pilihan raya umum yang pertama ditandingkan pada tahun 1955. Parti-parti seperti PAS, Parti Negara di bawah pimpinan Dato’ Onn bin Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan sebagainya bertanding dalam pilihan raya umum tersebut.Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama.

Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.
Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada pakar-pakar undang dari negara Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan.
Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan.





Sunday 11 September 2011

Hari Kemerdekaan Malaysia



Hari Merdeka Malaysia diisytiharkan pada 31 Ogos 1957 dan majlis pengisytiharan ini telah diadakan di Stadium Merdeka. Tanah Melayu pada masa itu telah berjaya mendapatkan kemerdekaan yang diimpikan dan menjadi sebuah negara yang berdaulat. Kemudiannya Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mencadangkan untuk menubuhkan sebuah negara.
Hasilnya, sebuah negara yang bergelar Malaysia telah ditubuhkan pada 16 September 1963. Beberapa negara telah menunjukkan minat dalam menyertai penubuhan ini. Antara negara yang berminat ialah Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei. Malaysia pada hari ini dianggotai oleh Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Kini negara ini telah bertumbuh dengan pesat dan menjadi salah sebuah negara pemegang rekod Asia di mana GDP negara ini telah menaik kepada angka 6.5% hampir 50 tahun lamanya.









 Jalur Gemilang











31 Ogos 1957
















Tema Sambutan Kemerdekaan pada tahun 2011


Dewasa ini, bersama-samalah kita mengharumkan nama negara kita di mata dunia. Saya amat berbangga kerana dilahirkan di negara Malaysia yang berdaulat dan merdeka ini. Selamat menyambut Hari Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!